? ??????????????Ornamental Flowers? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (5 Ratings)??13 Grabs Today. 1641 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Peace Love Rock N Roll? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (55 Ratings)??13 Grabs Today. 7270 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Heart Gloss? ????? ?????? ???R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 1, 2009

~ Ketika dan Kalimat ~



:: Last Part::

~ Lepas je wat “website”. Kami kena wat blog pulak. blog nie rasa senang sikit, p bab nak hias-hias bagi blog ni lawa sikit aku kurang reti la. Wat yang simple-simple reti la. Pastu kena post 10 post plak. Aku pun tak tau nak masukkan ape je 10 post ni. Cik Nurul cakap post banyak-banyak pasal diri aku n tentang penulis yang kami intibiu. Tapi mana la ada banyak sangat maklumat kan. Kalau nak post tentang diri aku, sape je yang tak kenal aku nie. Dah sem 6 dah, kalau ada member yang tak kenal aku g, ada gak yang kena makan selipar jepun warna merah nanti. Boleh korang tak kenal siapa aku, ni anak pendekar mustar tau…hahahah. Ntah apa yang aku merepek banyak sangat nie. Yang aku tulis ni ntah ape-ape tah. Minta maaf la kalau tak bagus sangat. Banyak merepek je dalam nie. Dah kekurangan idea dah. Aa, tak habis lagi cakap pasal blog tadi. Sekarang ni aku ngan menyiapkan blog la nie. nak bagi come-come sikit. P tak da la comel sangat, macam biasa gak. Biasanya aku ni kurang daya kreatif dan inovatif dalam bab-bab macam ni. Aa, bercakap pasal blog ni. Kami kan kena intibiu sorang tokoh atau pensyarah atau sapa-sapa la yang bergiat aktif dalam bidang bahasa ni. So, kami dengan rasa bangga dan gembiranya dapat menemubual seorang cikgu dari sekolah Banting yang sudi untuk di intibiu oleh kami. Cikgu Ghazali Lateh, berasal dari kampung Bukit Nibung, Jenun Kedah. Berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menabur bakti sebagai seorang pendidik. Orangnya berperwatakan sederhana, namun disebalik perwatakan tersebut rupa-rupanya banyak nukilan yang telah dihasilkan untuk tatapan anak bangsa. Walaupun tanpa sebarang gelaran sasterawan ataupun sebagainya, namun tanpa kami sangka, beliau amat bergiat aktif dalam bidang penulisan esei-esei yang berbentuk keagaamaan, bahasa, sastera dan juga umum. Buktinya beliau telah banyak memenangi anugerah-anugerah hasil daripada cetusan ilham yang dipersembahankan dalam bentuk tulisan. Cikgu Ghazali juga banyak menulis sajak dan novel. Oleh kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang bahasa dan sastera ini, beliau telah diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajrannya dalam peringkat Doktor Falsafah, dan beliau berjaya menyiapkannya pada tahun2006. Tahniah cikgu Ghazali.
Ok lah, rasanya dan panjang sangat aku melalut nie. Ntah betol ntah salah aku punyer ketika dan kalimat nie. Baru first time sebenarnya aku dengar frasa ketika dan kalimat nie. Hahaha, memang cetak lagi la pengetahuan aku nie. Mana taknya, pejam celik, pejam celik dan tinggal sebulan g aku n da geng akan menamatkan pengajian kami pada peringkat bacelor ni. Banyak lagi yang kami belum pelajari, rasanya tidak cukup masa 3 tahun untuk mempelajari tantang bahasa. insyaAllah, ada rezeki dpatlah menyambung lagi pengajian di peringkat Master.
Dikesempatan ini juga, aku dengan rasa rendah hati dan seikhlas hati ingin meminta maaf, khususnya kepada Dr. Normaliza, diatas sebarang kesilapan yang telah dilakukan. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah Dr. berikan sepanjang saya mengikuti kelas nie. Disamping tu jugak, ribuan terima kasih kepada Cik Nurul kerana sudi menjadi tutor kami, sepanjang 14 minggu kelas ini berlangsung. Seribu kemaafan dipinta kalau ada yang tersilap bicara dan sebagainya. Kepada rakan-rakan, semoga kita dapat bergraduat dengan jayanya. InsyaAllah, aku tengok kat bahagian akedemik tadi 8-11 Ogos 2009, tarikh kita konvo. Apa-apa hal nanti kite calling, calling yer. Bye
=)

~ Ketika dan Kalimat~


( Part 6)


~ Lepas wat presentation tu kami kena wat kalendar meja 2009. Hah, ni lagi satu aku pening nak wat. Mau tiap, tiap habis kelas ni kena telan panodol coz selalu kepeningan. P takda la aku wat macam tu, sumanya perumpamaan sahaja. Kalendar meja ni kena wat guna adobe photoshop. Hah, pamenda tu? adobe photoshop ni sebenarnya ialah sejenis makanan laut, yang tinggalnya di celah-celah lumpur di tepi-tepi batu. hahahaha. Tak da la, juz kidding. Tak da idea sebenarnya nak wat ayat. Oklah, adobe nie sebenarnya salah satu perisian yang terdapat dalam pc or laptop. Kalau nak wat kalendar meja kite kena juga perisian nie. Macam nak nangis lak cakap pasal kalendar meja nie. Sebab pe, aku wat tak lawa ler. Tengok budak-budak len buat lawa-lawa je. Terlintas rasa kejelesan di hatiku.huhuhu. Tapi, kata orang kalau malu bertanya sesat jalan kan, so aku dengan rasa tak malunya pun bertanya kepada kawan-kawan macam na nak menghasilkan sebuah kalendar meja yang cantik, menarik dan da boom. Akhirnya, dapat juga aku menyiapkannya. aa, bercakap pasal kalendar meja ni kan. Pada suatu malam yang indah ni, seperti biasa kami pegi kelas tutorial ari Rabu tu. Tapi, yang kami bengang pakcik bas tu siap bergayut g ngan orang dalam tepon. Member aku sorang dah hangin dah, mana taknyer dah cakap kelas malam tu kena datang tepat-tepat kul 8, p dia wat tak tau je. eee, geram tol. Disebabkan tu, kami semua terpaksanya menjadi model didepan kelas disebabkan kelewatan kami semua.huhuhu. Lagi satu, dia soh kami bagi sorang 10 alasan kenapa datang lewat, setiap orang tak boleh sama . Tapi ada sorang dua je yang dapat bagi alasan, yang lain tak dapat jawab coz alasan kami sama jer. P akhirnya, dapat juga kami duduk 30 minit selepas tu. Kelas pada malam tu, dikendalikan oleh Cik Alia, mak ai takut gak. Muka macam garang je, p bila dia komen pasal kalendar-kalendar kami baru la nampak kebestsan dia mengendalikan kelas. Lagi satu yang aku teringat kata-kata dia ialah “kenapa pc awak ni gelap semacam je, macam kurang cahaya keimanan jer” hahahaha, tergelak besar aku. Mana la aku tau nape pc aku sorang je yang macam tu, p takpe pc tu la yang banyak berjasa kepada aku sepanjang kelas tutorial itu diadakan. pc no.22.
Selepas saje kalendar meja, kami diberi tugasan baru iaitu menghasilakan atau merekabentuk “website”. Hah, ni lagi satu assignment yang pening yang memerlukan keupayaan aku untuk mengeksplore sendiri komponen-komponen yang terdapat dalam pc nie. Wat “website” kena guna microsoft front page.P kat pc aku takda lak, kena minta installer kat member-member la. Mula-mula memang aku tak faham langsung ape la yang cik Nurul cakap nie. Mula-mula wat langsung tak menjadi. Kena letak gambar-gambar lagi, letak background yang lawa-lawa g. Aa, lagi satu yang aku pening bab-bab yang kena link-link nie. Tujuan dia, kalau kite tekan seterusnya ataupun next benda yang kita wat tu boleh berubah atau beralih ke page seterusnya. Ni yang mencabar sangat bagiku. Rasa nak menangis aku setiap kali wat setiap kali tak menjadi. Dah la bagi masa dua minggu je nak siapkan web tu. Masih banyak g benda yang kami tak tahu. P kami buat-buat tahu jugak la. Tiap kali buat mesti tak menjadi je. Mana taknya, kalau tak tahu macam na kita nak blaja kan. So, kena la blaja sendiri dengan erti kata lain belajar berdikari. Rempah ratus semuanya dah ada, juz tugas kami ialah mencampur adukkan rempah ratus yang sedia ada tu untuk dijadikan lauk yang dapat dimakan oleh semua orang. Apa lak yang aku melalut nie, sampai kuar bab-bab rempah ratus lak nie. Takda la, sebenarnya aku nak bagitau, sebenarnya nak buat website ni, kite kena banyak eksplore sendiri, bahan-bahan semuanya ada dalam pc tu, juz keje kita yang kena buka satu-satu benda-benda atau fungsi-fungsi setiap satu fungsi benda macam tu. Salah satu sebab nape “ website aku tak menjadi ialah sebab aku tak hyperlink, hahahah. Punye ler bijak sangat aku nie kan, masa nak buat tu intenet tak on pun, mana la web site tu nak gerak-gerak. Menangis air mata darah sekalipun tak kan mendatangkan hasil kalau ada otak tak pakai kan. aduss... dan semuanya selesai selepas aku belajar daripada rumate, flormate dan rakan-rakan kosmate ku. Itulah yang penting sebenarnya. Tak reti minta tolong yang reti, barulah keje leh siap.

~ Ketika dan Kalimat~



( Part 5)


Minggu seterusnya, kami kena buat assignment pasal iklan pulak. Semua pasal iklan di billboard, yang ada kat tepi jalan-jaln tu. Iklan yang besar. Semuanya memerlukan kesabaran sebab nak fikirkan apa iklan yang sesuai yang perlu dimasukkan dalam papan iklan tu. Mula-mula kami fikirkan idea nak fikirkan produk mandian untuk orang yang suka bersukan. Mula-mula tu idea yang kami cuba persembahkan kena reject coz tak cukup untuk memberi kefahaman kepada pengguna atau orang yang nak tengok bill board tu nanti. Pastu kami kena fikirkan idea baru pulak. Fikir punya fikir kami sebulat suara nak amik balik iklan yang lama tu dan buat ubah suai untuk memberi kefahaman kepada pengguna dengan menambah apa yang patut untuk memberi lebih kefahaman kepada pengguna kepada produk yang bakal kami keluarkan nanti. Sebenarnya produk kami ni untuk orang yang suka bersukan, macam atlet badmintan, ragbi, bola sepak dan sebagainya. untuk menampilkan kekreatifan kami, kami olah botol-botol tu dengan pelbagai bentuk alatan sukan seperti kayu hoki, bola sepak, ragbi, bulu tangkis, bola tenis dan sebagainya. Aa, assignment ni pun menguji jugak sebab aku ni kan jenis tangan batu tangan kayu. huhuhu. Sedih tol, p takpe dengan bantuan rakan-rakan dapat juga aku menyiapkan lukisan tu walaupun hasilnya tak seberapa. Akhirnya, idea kami diterima jugak. rasa berbaloi juga la. Lepas wat ssignment tu, minggu seterusnya iaitu minggu lepas kami kena present apa yang kami dah wat masa g rumah anak yatim aritu. Malam tu, kami bertungkus-lumus siapkan video dan slide show tu untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Pemilihan lagu yang sesuai juga penting sebenarnya. Iyela, takkan nak masukkan lagu rock lak masa nak present pasal rumah anak yatim tu. Macam nampak kita ni seronok sangat mereka takda mak ayah. Lagu pilihan kami ialah ‛jalinan’ daripada kumpulan nasyid UNIC.
Semasa kami membentang slide show kami tu, baru kami sedar bahawa pengalaman semasa kami berada di sana amat berharga sekali. Masih terbayang di ruang mata kami, bagaimana gembiranya wajah anak-anak itu menyambut kedatangan kami, membawa kami melawat kandang-kandang haiwan ternakan, dan bermanja dengan kambing yang menjadi teman sepermainan mereka di sana. Walaupun kegembiraan terpancar di mata mereka, namun tiada siapa tahu akan isi hati sebenar mereka. Bukan senang untuk menjalani hidup tanpa orang tersayang. Semasa kami menyaksikan pembentangan kumpulan lain, hati aku tersentuh menyaksikan pembentangan satu kumpulan ni yang mengadakan kerja amal di rumah anak-anak yang menghidap HIV. Sebak rasa apabila melihat anak-anak sekecil yang tiada berdosa itu telah disahkan menghidap hiv. Usia mereka yang sekecil itu, semestinya tidak mengetahui apakah itu HIV. Namun, kedatangan rakan-rakan disana telah mengisi rasa kesunyian mereka dan menggembirakan hati mereka. Tidak terjangkau dek akal, bagaimana anak-anak sekecil itu hendak menghadapi hari mendatang. Adakah mereka tahu bilakah hari itu akan tiba. sesungguhnya, kita hanya mampu berdoa. Tahniah juga kepada mama, iaitu pengurus rumah anak yatim itu kerana sanggup menjaga anak-anak yang tidak berdosa itu.
Habis pasal kuliah bersama Madam Normaliza eh silap. Dr.Normaliza kita beralih pula ke kelas tutorial lak. Erm, kelas tutorial yer...ponin, ponin, ponin. Lagi pening dari kelas kuliah biasa tu. Kelas tutorial ni, kena banyak wat assignment yang banyak menggunakan komputer dan intenet. Mula-mula kami kena wat presentation yang pasal isu-isu semasa yang berlaku di dunia. Tajuk yang aku pilih ialah “penyeludupan kanak-kanak”. Sebenarnya, kes penyeludupan kanak-kanak ni dah banyak kali berlaku. Tapi, kadang-kadang kita tak diberitahu secara khusus. Kalau adapun seminggu dua, pastu hilang macam tu je cerita pasal budak tu. Tak tau dah jumpa ke blom. Tu yang manarik minat aku nak wat pasal penyeludupan kanak-kanak ni, kat Malaysia pun banyak yang berlaku. Baby pun ada yang kena seludup. Kesian tol. Aa, pasal presentation ni kena masukkan banyak effect n bunyi. Ni tak jadi hal sangat coz mudah je, tak perlu nak eksplore banyak-banyak. Yang paling aku risau ialah slide shoew tak kuar bunyi. sebab sebelum aku present tu, ada gak budak wat yang tak kuar bunyi. Cuak juak, kang sikit je markah dapat.

~ Ketika dan Kalimat~



( Part 4)
sambung balik...


~ Balik je dari beli barang kat Grand Union kami pun bersiap-siap nak pegi. Before tu, kami sembahyang Asar dulu doa semoga selamat sepanjang perjanan kami nanti. Kami bertolak tepat pukul 5.30 petang. petang jumaat faham-faham je keadaan jalan raya time tu. Memang jam teruk la kan time tu orang baru balik keje. Ada jugak orang yang nak balik kampong, kan sabtu tu cuti, so memang sesak gler. Sebenarnya, perjalanan nak pegi sana sepatutnya amik masa tiga jam je, p disebabkan beberapa masalah maka perjalanan 3 jam menjadi 5 jam. Fuh, lenguh pinggang. Orang yang drive keta apalagi kan, kesian dia. huhuhu...kul 8 kami singgah jap kat masjid kat Sungai Besar untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Disamping itu, dapat la merehatkan pinggang yang kebas dan membuang apa yang patut. Selepas tu kami pun meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam. Kami sampai di rumah Nizam tempat kami berhenti tepat jam 10 malam. penat gler, pastu mak member soh la kami makan. Baik tol mak dia, macam faham-faham je kami ni memang kebulur nak makan. Selepas siap-siap mengemas tempat makan, kami pun meneruskan agenda seterusnya iaitu menyediakan bahan-bahan mentah untuk masak keesokan harinya. kupas bawang, potong lada kering, potong sayur, basuh ayam. Kerja yang banyak menjadi sedikit sebab suma ahli kumpulan membantu meringankan kerja. penat tak terasa sangat sebab semuanya dilakukan bersama-sama. Suma menangis masa nga kupas bawang, hahaha lucu tol. Pas siap-siap sume bahan-bahan untuk masak keesokan harinya, group perempuan pun minta diri untuk balik ke rumah makcik member yang berdekatan dengan kampung itu jugak untuk merehatkan badan yang keletihan. Dengan erti kata len tido, zzzzzz....
Keesokan paginya, awal-awal lagi kami kena bangun untuk menyediakan sandwich dan memasak untuk dibawa ke rumah anak yatim, Jalan Sekendi, Sabak Bernam. Memang banyak betol kena masak, tapi sumanya menjadi ringan dengan adanya kerjasama semua pihak. Bak kata watak dalam kartun wonderpets ‛apa yang penting!’ ’KERJASAMA!’. Masak nasi kawah? Fuh, baru first time aku masak nasi guna kawah, sebelum ni aku tengok orang masak jer, mana reti. Tu pun masa orang wat kenduri, berkawah-kawah masak. Tapi, pagi tu pengalaman baru bagi kami yang tidak mengenal macam mana nak masak nasi kawah tu. nasib baik mak Nizam sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Kalau tak, tak tau la macam mana nasi tu, ntah-ntah tinggah kawah je yer. Tak dapat la, bawa untuk bagi kat budak-budak kat sana nanti. Hancur plan. Sambil masak-masak nasi tu, kami goreng ayam pulak. Goreng ayam tak jadi masalah buat kami, coz tu memang perkara biasa untuk bakal-bakal suri rumah macam kami nie. hehehe. Pas masak nasi, kami terus masak sayur kobis. Settle semua aktiviti masak-memasak ni kami terus packing-packing pulak untuk di bawa ke sana nanti. Untuk mengelakkan sebarang kelewatan berlaku, sebahagian daripada group kami terpaksa pergi ke sana terlebih dahulu untuk mengelakkan pengurusan disana menunggu ketibaan kami. Kami tiba di rumah anak yatim Jalan Sekendi pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan kami disana, disambut oleh abah iaitu pengetua di rumah anak yatim tersebut, dan kira-kira 50 orang anak-anak yatim yang comel-comel belaka.
Setibanya kami disana, tangan kami terus disalami untuk menghormati dan menyambut ketibaan kami. Terharu disebabkan kami diterima dengan baiknya. Pada mulanya, mereka kelihatan malu-malu untuk bersembang dengan kami. Mungkin belum mesra lagi agaknya. Selesai sahaja abah memberi sedikit taklimat kepada kami, abah dengan relanya meyerahkan anak-anak yatim ini untuk jagaan kami pada hari ini.Aktiviti pertama bermula dimana, kami mengadakan sesi suai kenal dan sedikit senaman pagi. Apabila melihat ahli kumpulan kami yang sporting dan senang di ajak berborak maka kurang sedikit rasa malu dalam hati mereka, dan mereka pun boleh di ajak bergelak ketawa. aktiviti luar terpaksa dibatalkan kerana cuaca hujan dan kami hanya mengadakan aktiviti dalaman sahaja. Namun, itu tidak menghalang kami untuk berbuat jasa dan kebajikan kepada anak-anak di sana. di sana, kami telah mengadakan permainan ‛kotak beracun’, ‛teka peribahasa’, ‛poly bear’, ‛rangkai kata’ dan sebagainya. Rata-rata kebanyakkkan anak-anak disana sudah pandai dalam meneka dan melengkapkan ayat yang diberikan. Kalau adapun yang tidak berapa dapat menangkap maksud yang disampaikan namun pada kali kedua dia mencuba dia berjaya menjawabnya dan melengkapkan ayat dengan tepat. Apa yang menarik perhatian kami ialah berkaitan dengan peribahasa, pada mulanya kami semua menganggap mereka tidak mampu menyelesaikan peribahasa yang panjang-panjang. Namun, dugaan kami ternyata kurang tepat kerana peribahasa itu mampu mereka selesaikan walaupun sukar. Syabas dan tahniah kepada mereka. Tengah hari tu kami bercadng untuk berehat sebentar untuk makan tengah hari, namun kami kalah oleh desakan mereka untuk meneruskan permainan lagi. ish3, adik-adik. Maka kami buat la, satu dua aktiviti sebelum makan tengah hari tu. Kami makan bersama-sama mereka.
Selesai sahaja makan, kami minta kebenaran mereka untuk menggunakan surau dan air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan fardu Zohor. Solat Zohor pada petang itu kami adakan secara berjemaah bersama mereka. Kami meminta salah seorang daripada kanak-kanak lelaki disana untuk melaungkan azan, suaranya sedap sekali. Sembahyang Zohor pada petang itu diimami oleh saudara Jazuli ustaz kolej kami. Selesai sahaja solat Zohor, kami meneruskan lagi aktiviti. Kalau diikutkan keletihan badan, memang kami tidak mampu namun untuk menyiapkan tugasan ini disamping beramal kepada mereka, kami teruskan juga selagi daya ada. Aktiviti petang iti berakhir pada pukul 4 petang. Memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami memohon diri terlebih dahulu. Aktiviti pada petang itu diakhiri dengan sesi mengambil gambar beramai-ramai bersama mereka. Sedih rasa di hati, namun apakan daya panjang umur kita bersua lagi yea adik-adik ku sayang. Kepulangan kami pada petang itu, dalam kedaan cuaca hujan lebat. Sebelum pulang, kami singgah dahulu di rumah abah untuk memberi sedikit sumbangan dan cenderamata daripada kami semua. Ucapan terima kasih tulusnya daripada abah buat kami semua. dalam diam aku mengagumi abah, walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan namun kekuatan yang ada dalam diri untuk menubuhkan asrama anak yatim sekendi ini begitu kuat. Semoga Allah sentiasa merahmatimu abah. Abah sebenarnya bekas guru besar, namun selepas sahaja berhenti bertugas sebagai guru dia telah bercadang untuk menubuhkan asrama kebajikan ini dan akhirnya tertubuhlan asrama kebajikan ini dengan tekad dan niat untuk membantu anak –anak yatim sekitarnya. Ada juga anak yatim yang duduknya jauh dari daerah Sabak Bernam itu, iaitu dari Kedah. Selesai sahaja berjumpa abah kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Serdang. Satu group lagi terpaksa menaiki bas kerana kekurangan tempat duduk disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Rasa kelegaan jelas terpapar pada wajah masing-masing kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dan seterusnya berjaya menjalankan amal kebajikan. Kadang-kadang aku terfikir jugak, kalau tidak ada tugasan macam ni, bila lagi aku nak berjalan-jalan melawat tempat orang. erm, best jugak. Kami pulang ke Serdang, agak lewat iaitu pukul 6.30 petang. Perjalanan pulang berjalan lancar dan kami tiba di Serdang tepat-tepat 3 jam perjalanan. Kecuali la, member yang terpaksa menaiki bas. Muka suma keletihan namun kami berasa gembira kerana banyak pengalaman yang kami timba semasa disana. Sesungguhnya tidak semua orang merasa kegembiraan dapat hidup bersama kedua ibu bapa dan keluarga tersayang. Maka, mereka seharusnya dilindungi dan diberi kasih sayang sepenuhnya. Kasih sayang seorang abang kepada adik, kasih sayang seorang kakak kepada adik dan sebagainya. Pengalaman yang kami lalui ini akan kami ingat sampai bila-bila. lepas pegi ke rumah anak yatim tu, kami kena buat slide show untuk present dalam kelas nanti...sambung ke part yang seterusnya

~ Ketika dan Kalimat~


( Part 3)


ok, kite sambung g...

Lepas tu assignment apa g ek. Erm.. haa, assignment yang kena wat karangan lak. Fuh, 2 memang assignment mencabar tol. Tajuk yang kami dapat pasal “kreatif dan inovatif kanak-kanak di rumah”.Memang kena perah otak betol-betol. Dalam saat-saat genting kena push otak untuk fikir idea yang sesuai untuk wat karangan. Sume ahli bagi pendapat masing-masing. Tak le guna alat bantu len macam intenet, kalau tak senang sikit keje. P memang tak boleh, kalau guna nasib la group tu. Tapi, kami ni kan jenis yang ikut peraturan atau dengar cakap, kami memang tak buat benda macam tu ek, tertekan sekalipun kami tak nak guna intenet, biar kami sama-sama kongsi idea kami n buat walaupun tak cukup page. hehehe. Akhirnya keje kami tu siap jugak walaupun menggunakan sebuah laptop je, kami gilir-gilir taip isi yang kami bicangkan tadi n kembangkan menjadi sebuah karangan yang lengkap. nasib baik assignment yang kami hantar tu tak kena reject. Alhamdulillah, syukur2.
Assignment seterusnya, ape ek lupa dah. Kalau tak silap lepas wat karangan tu Dr.. soh wat papan papan cerita, yang kena lukis-lukis n warna-warna tu. Memang mencabar gler, dah r aku nie tangan batu tangan kayu punyer la berpeluh nak melukis gambar-gambar tu.(Rasanya dah berapa kali aku guna perkataan mencabar kan ?) Nasib bek terpaksa fikir dulu sebelum buat. Lagi satu, kami tak reti nak sesuaikan petikan apa nak dimasukkan dengan gambar yang kami lukis. Nampak pelek semacam je, ada je yang tak kena. tengok budak group len lukis lawa-lawa timbul pulak rasa jeles, p nak wat macam ne kan, tu yang termampu kami buat. Tapi takda la teruk sangat yang kami buat tu, orang masih boleh faham lagi apa yang kami cuba sampaikan. Aa, lagi satu problem yang kami jumpa pasal tajuk yang nak diletak kat bahagian depan cover tu. Dah lupa nama yang lama tu nak letak pe, p bahasa omputih la. Rupa-rupanyer tak boleh guna. So kena ubah balik, kena fikir balik nama yang sesuai nak gantikan nama cover tu. Akhirnya letak je nama ‘stylish’. Bunyi omputih gak kan, p letak je la...tak tau nak letak ape g. Lagipun masa tidak mengizinkan jugak, mintak maaf banyak-banyak la Dr.. yea. Lepas wat papan cerita tu baru la kami fikir pasal assignment satu lagi yang kena pegi rumah anak yatim tu. Untuk assignment ni kami gabung dengan group ‘single is better’, single la sangat konon, awek korang tu nak letak mana oi. Hehehe, kantoi la korang. Untuk assignment ni kami kena keje sama ngan diorang, macam-macam perangai rupa-rupanya diorang ni. Sabau je la. Kalau nak pegi tu, kena la buat kertas keja dulu kan, maka meeting pun diadakan di kafe ktdi. Bincang pasal bajet, makanan, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya. Pastu aku la yang kena wat projek paper, eh silap paper work la .Amboi sedap-sedap korang ek, aku lak yang kena wat. Tapi takpe la, kira ok korang dan menyumbangkan idea yang bernas lagi panas tu. Bila dah siap kena la tunjuk kat Dr.. dulu, p masalah pulak pagi tu da sekor tak bangun tido lagi. Menyampah, dah la Dr. nak jumpa sume ahli. Terpaksa la tunggu dia bangun tido, sambil-sambil tu kami lepak-lepak dulu kat kafe, mengisi perut yang dah mendendangkan lagu rindu minta diisi. Pas siap mengisi perut baru la dia sampai, apa lagi kami terus pegi jumpa Dr.. Tapi Dr.ckp dia nak sarapan jap. Kami pun tunggu la kat luar n pastu dia pun panggil kami masuk. Bincang punya bincang. Alhamduliillah akhirnya proposal kami diterima dengan baiknya. Gembira sungguh rasa hati. Pastu kami kena jumpa dekan o timbalan dekan lak untuk dapatkan pengesahan. Ni satu hal lak, ada gak halangan kami masa nak pegi nie. Dekan tak luluskan kami pegi wat aktiviti tu, dia cakap takda kaitan langsung ngan subjek Bahasa Dalam Multimedia nie. Sedih sungguh, ingatkan plan kami tepaksa dibatalkan. P kami kuatkan semangat gak, petang sebelum kami nak bertolak tu kami jumpa Dr. Normaliza cakap kat dia masalah yang terpaksa kami hadapi. P Dr. cakap ok je, “awak pegi je, yang penting niat awak nak buat amal kebajikan” So, kami pun dengan gembiranya tersenyum kegembiraan. Ingatkan plan kami terpaksa dibatalkan. So, balik saje dari jumpa Dr. Normaliza, satu group tu wat persediaan kat kolej n geng aku aku g beli barang kat Grand Union beli barang untuk masak-masak untuk makanan anak-anak yatim kat sana nanti dan makan-makan kami jugak. Banyak jugak la kena beli, macam untuk pagi tu kami ingat nak sediakan sandwich sardin untuk budak-budak nie, dan untuk makan tengah hari lak kami masak nasi, lauk ayam masak kicap n sayur kobis. So, faham-faham la macam ne keadaan keta time tu. P takpe, semangat tu penting. nasib bek hero-hero ‘ single is better’ tu ok2.... Bersambung

~ Ketika dan Kalimat~


( Part 2)


~ Yang paling best yang aku suka tentang kelas ni ialah tak payah tulis nota, juz amik gambar je, hehehe. P yang payahnya masa nak jawab kuiz la, mau taknya lambat sikit dah tak da markah. ish...ish...ish. Tapi ok la, setakat ni kami enjoy je kelas nie. Kalau tensen pun masa wat keje yang dibawah tekanan tu la. Memang tekanan giler la. P tertekan sekalipun keje tetap siap gak, sebenarnya doktor saja je bagi keje macam tu coz dia nak latih kita macam mana situasi bekerja di dalam tekanan sebenarnya. baru la faham...gitu rupanya. Aa, lagi satu sebab aku amik kelas ni la aku baru da kamera, apa taknya, kang tak dapat jawab tak dapat markah lak. Kelas ni macam kelas yang semester sebelumnya aku amik. Tiap kali ada kelas, tiap kali la ada je keje dia bagi. Tensen tol. Tapi tensen-tensen pun, kena buat jugak kan, kita kan student.Nasib baik buat dalam group, takda la rasa tertekan sangat. Group pun ok dan sporting sumanyer...kelas ni la kelas yang paling banyak assignment kena wat. Kalau diikutkan setiap kali kelas ada je keje Dr.. bagi. Dah la kena wat n siap time tu jugak. Ponin kepala den..
Mula-mula masuk kelas ni, assignment yang Dr.. soh buat kalau tak silap aku la, yang men lekat-lekat n gunting-gunting tu. Apa nama dia tah, lupa lah. Iklan ke papan cerita. Eh, silap-silap bukan papan cerita tapi asas grafik. Ala yang lima asas grafik tu, kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. best jugak buat benda tu. macam amik subjek pendidikan seni pulak, ada gunting-gunting and letak-latak camtu. Best la...p kelam kabut gak wat, coz lepas kul 2 takle anta lagi. Tu assignment yang pertama, assignment yang kedua kami kena buat pembentangan tentang peribahasa. Assignment ni la yang paling mencabar aku rasa. Mana tak nyer, kena pose sakan. Dah la aku nie, jenis yang dikategorikan sebagai pemalu n penyegan jugak la. hehehe, iye2 je. P betol la, bab-bab bergambar ni memang aku kurang sikit. Kalau amik gambar pasport tu boleh r, juz berdiri tegak n senyuummm...punya la tensen wat benda ni, budak-budak group aku pun jenis yang tak biasa bergambar n pose maut macam ni, p disebabkan nak dapatkan markah terpaksalah buang segala sifat pemalu n penyegan tu sekejap. Sampai dua kali kami amik gambar coz tak puas ati ngan posing masing-masing. Macam ada je yang tak kena, tak sesuai ngan peribahasa. ish.ish. ish dugaan tol. P sabo je la yea... akhirnya, selepas amik gambar kali kedua tu, siaplah jugak tugasan kami orang tu...Alhamdulillah, syukur nikmat. Kalau tak, ada yang yang terpaksa sumbat telinga dalam kelaz nanti. heheheh. .. Bersambung

Tuesday, March 31, 2009

~ Untukmu Teman~

~ Malam Apresiasi Kunggulan Tradisi '09~


~ Sekretariat Kebajikan & Keceriaan 08/09~

Disini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku
Kini ceria

Kini Dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepada mu teman
Agar ikatan ukhwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamu takkan ku lupa
Walau badai datang melanda walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa
Kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepada mu teman
Agar ikatan ukhwah kan bersimpul padu

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dah kasihnya
Andai ini ujian terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita, hadirlah cahaya...
untuk selamanya...

~ Ketika dan Kalimat~

( PART 1)


~ Pada semester terakhirku di pengajian, subjek bbm341o menjadi subjek wajib yang patut diambil untuk membolehkanku bergraduat. Nak tak nak terpaksa la ambik jugak. Tiada pilihan. Mula-mula masuk kelas dah kena dok depan. Mula-mula boring jugak la, tapi bila lama-lama best pulak. hehehe. Doktor Normaliza Abd. Rahim. erm...mula-mula di masuk kelas, getaq lutut. Ingatkan garang, suara punya la kuat. Tapi, dah lama amik kelas ngan dia, baru la faham. Dia nie baik sebenarnya, eh bukan nak megampu tau ini kenyataan yer, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia. Ikhlas nie. Bercakap mengenai kelas bahasa dalam multimedia yer. erm, multimedia bunyi macam canggih jer kan. Mula-mula first impression aku tentang kelas ni ialah buat multimedia, yang ada gambar-gambar n muzik-muzik tu. Risau gak, coz aku ni bukan jenis yang suka wat benda macam tu. Kalau menghadap pc pun, paling koman aku wat ialah buka word wat assignment, buku my muzik dengar lagu, pastu men game. Aa, lagi satu tengok movie. Takde keje len kan, hehehe. Lagi satu, aku ni pun bukannya orang yang suka explore-explore benda-benda yang ada dalam komputer nie. Aku lebih suka wat something yang dah sedia ada depan mata. Ni yang aku malas sikit. Sebab dalam kelas ni, banyak yang kita kena blaja sendiri. Kalau tak, tak menjadi la kerja yang kita wat tu. Kelas ni jugak banyak mengajar aku tentang macam mana nak menjadi perosak komputer. hahahah, tau sebab pe coz eksplore punye eksplore pastu tak reti nak patah balik. Hah, padan muka last-last tutup suiz komputer pastu on balik. Tu je caranya, p lepas aku amik kelas ni baru la aku tau sikit-sikit tentang komputer yang bahagian eksplore mengeksplore nie. Kesian aku, dah sem 6 baru nak blaja. isk, isk, isk.

Sunday, March 29, 2009

~ Ilham Bumi Kenyalang ~

~ NGAJAT~
Pulangkah wiraku dari medan juang,
Dengan pedang semangat dan perisai keberanian,
Membawa khabar tentang kemenangan,
Yang kita warisi daulat keturunan,
Zaman-berzaman.
Dalam busana satria kita megah melangkah,
Tenunan halus serikandi berjiwa gagah,
Pabila rancak suara gendang bertingkah,
Dentingan gong mula gegak memecah,
Roh perjuangan mengalir dalam darah.
Tanjak tinggi bulu kenyalang,
Lambang terpuji mutu gemilang,
Rentak berpada gerak waspada,
Renung menikam gertak mengancam,
Tubuh sasa langkah perkasa,
Iri petualang pasti kecundang.
Ngajat tarian hulubalang yang pulang,
Menghalau seteru tanpa diundang,
Elok berseni pusaka terbilang,
Khazanah berharga generasi mendatang.
Ajarlah anak-anak kita,
Memalu genderang perjuangan,
Melangkah gerak pencak kelangsungan,
Hayat ngajat biar berpanjangan.
~ NIAH~
Di dasar guamu, Niah!
Berlari deras sungai syahdu,
Membawa arus kesegaran alam,
Ke laman subur hijau kami,
Memercup tunas kemewahan,
Di rimba raya peradaban warisan,
Sekalian insan.
Di ruai guamu, Niah!
Terbentang halaman semula jadi,
Tempat menafsir keajaiban hakiki,
Dalam luas ruang suajana memandang,
Tanda agungnya ciptaan,
Kudrat Tuhan.
Di dinding guamu, Niah!
Terpapar grafiti sejarah,
Menjadi artifak susurgalur,
Memudiki alir lembut ketamadunan,
Dalam mengadun harmoni jati diri,
Warga peribumi.
Di bumbung guamu, Niah!
Bergayut mulus suci kurniaan satwa,
Menggamit kesungguhan dan kemahuan,
Yang tertuang dalam duri cabaran,
Hasil jerih payah pencarian,
Rezeki lumayan.
Di pintu guamu, Niah!
Kau sambut kehadiran,
Insan kerdil semua lapisan,
Menyaksikan bukti kebesaran,
Mampu menjana kesedaran,
Dalam wacana pemikiran.
Niah!
Kau sebuah peti khazanah,
Yang sangat peramah,
Menyimpan seribu hikmah,
Sebuah wilayah rahmat bertuah.
~ PUA KUMBU~
Pucuk rebung urat daun selirat akar
silang pelepah kulit jagung
bunga betik sulur keladi
kelarai buluh jalin nyiru
anyam terendak tudung saji.
Lawi sabung ekor merak
balung serama jejak ketam
denai siput lorong semut
belang landak paruh kenyalang
sisik senangin cengkerang tenggiling.
Bunga lawang biji jintan
pucuk kantan mata petai
bucu kesum tirus serai
daun cekur kulit peria
empulur nangka mata nanas
kembang kipas tebu bertunas.
Riak laut awan terpuput
buih sejemput layar terkembang
susur gelombang ekor udang
tombak seludang tanduk seladang.
Manik berangkai mayang mengurai
tampuk kelapa sirih berdupa
salak matang bunga kembang
kulit tuntung kelopak jantung
sumpit tergantung tulang perabung.

Halus seni indah berseri nilai tersendiri
tinggi budaya ampuh upaya sokong berdaya
nilai bermutu alam berpadu warisan bersatu
nama di mercu mantap jitu pua kumbu

~ Sesuatu Tentang Diriku ~

~ Riang bersama adik-adik tersayang~


Nama: Dayang Kartini Binti Awang Seleman

Tarikh Lahir: 25 Jun 1986

Tempat Lahir: Kampung Mang, Kota Samarahan, Sarawak

Anak ke-2 drpd 9 orang adik-beradik


PENDIDIKAN


# Sekolah Rendah Kebangsaan Mang ( 1993-1998)
  • Ujian Penilaian Sekolah Rendah (1998)


#Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang (1999-2005)

  • Peperiksaan Menegah Rendah (2001)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (2003)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (2005)


KOLEKSI NOVEL

~JENDELA HATI~KASIH TERAKHIR~MANISNYA CINTA~SEBUTLAH NAMAKU

~ BAHTERA KASIH~SAAT CINTA BERSEMI~ KERANA DIKAU~SUKMA RINDU

~ PELABUHAN KASIH ~ KISAH KASIH~ KAU YANG SATU~ JALINAN KASIH

~ SEDALAM CINTAMU ~ BADAI SEMALAM~ RANJAU SEPANJANG JALAN

~ JALUR SINAR DI CELAH DAUN ~ TUKCAI~ GELOMBANG RINDU

~ ANDAI ITU TAKDIRNYA




~Hadirnya Satu Kurnia ~


~ Ghazali Bin Lateh, Pendidik Anak Bangsa~

# Ghazali Bin Lateh

# 15 Mac 1961

# Anak Ke-4 drpd 5 Orang adik-beradik

# Sek. Keb. Bukit Jenun

# Sek. Menengah Guar Chempedak (SPM) 1979

# Kursus Perguruan Asas, Maktab Perguruan Kinta, Ipoh

~ Memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Menengah Sik, Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malayisia pada tahun 1989 dan mengikuti kursus Bacelor Pendidikan, Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP). Pada tahun1993, beliau bertugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di SMK Telok Datok, Banting.

~ Beliau melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Master Sastera secara sambilan bermula pada tahun 1999. Pada tahun 2003, beliau ditawarkan biasiswa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah.

~ Ghazali Lateh juga melibatkan diri secara aktif dalam bidang penulisan. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan;

  • 8 Novel
  • 6 buah antologi cerpen perseorangan
  • 14 buah antologi bersama
  • 11 buah cerita kanak-kanak
  • Sebuah buku pantun
  • 5 buah buku akademik

~ Beliau juga merupakan penulis buku teks KBSM bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan untuk pelajar tingkatan 3. Selain itu, beliau juga giat menulis esei dalam bidang bahasa, sastera dan umum. Sehingga kini, beliau telah memenangi 34 anugerah penulisan dalam bidang bahasa dan sastera. Antara anugerah yang beliau terima ialah;


  • Hadiah Utama Dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2003)
  • Hadiah Sastera Berunsur Islam Kali ke-10
  • Sayembara Menulis Puisi Selangor (2001)
  • Pertandingan Menulis Esei Sektor Awam (2002)

~ Beliau juga merupakan ahli panel penulis cerita pengalaman guru, Bahagian Pendidikan Guru (20001-2003) dan ahli panel penggubal Kurikulum mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002.Penglibatan beliau yang terkini adalah sebagai panel penulis cerita adaptasi Sejarah Melayu, anjuran Majlis Buku Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

~ Antara buku yang diterbitkan;


Wednesday, March 25, 2009

~ Kasih Tercipta, Ukhwah Terbina ~


Kursus Bahasa Dalam Multimedia (BBM 3410) merupakan kursus wajib yang perlu di ambil oleh semua pelajar bahasa dan linguistik Melayu. Kursus ini mengajar bagaimana bahasa itu dipersembahkan dalam multimedia. Dalam kursus ini, semua kumpulan dikehendaki menjalankan satu kerja luar iaitu lawatan sambil beramal di rumah anak yatim.
Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh gabungan dari kumpulan Empat dan ”Single Is Better”. Seluruh ahli kumpulan akan terlibat bergotong-royong membersihkan kawasan rumah anak yatim di samping memberi sedikit motivasi kepada anak-anak yatim di sana. Justeru itu, penganjuran aktiviti ini dapat memperlihatkan satu langkah yang positif melibatkan mahasiswa dalam program berbentuk kebajikan dan secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti sampingan yang akan dijalankan bersama anak-anak yatim. Di samping itu, pelbagai aktiviti seperti ice-breaking, ” Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing”, ” Matlamatku” dan sebagainya. Aktiviti yang diadakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasa, merapatkkan hubungan sillaturrahim dan memberi sedikit dorongan kepada anak-anak disana untuk berjaya pada masa akan datang.

~ Bicara Hati ~


PERAHU


Sehelai daun daripada pohon sukmaku
jatuh ke sungai-Mu
kini kujadikan perahu
Ia ingin sampai ke Taman Abadi
tapi kubimbang
kalau jauh perjalanannya
tersangkut di sampah-sarap
ia perlu diselamatkan oleh burung camar
dan diletakkan
di atas rakit yang tenang
Masih kunanti kalau ada camar yang singgah
di tebing itu
Oleh, Johar Buang



~ Kenangan Terindah ~

Makt '09
Bersama Cikgu Ghazali

Rakan-rakan seperjuangan


Madi, Wani, Dayang, Lela, Mira


~ Selembar Kenangan ~


PROFIL PENULIS

Seorang anak kampung terpencil dari Kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Kedah. Bekerja mencari rezeki di Bumi Selangor, kerana percaya hijrah akan mengubah diri dan mentaliti. Berkarya ala kadar tetapi percaya bakat ini anugerah Allah. Dengan bahasa ibunda beliau mula mengenali diri, manusia, dan dunia seluruhnya. Dengan bahasa beliau berada di dalam kesejahteraan. Seorang manusia biasa yang tidak pernah
berhenti untuk melangkah, mencari rahsia kebesaran
Ghazali Lateh ciptaan Allah, selagi masih ada kemampuan.
Nama :Ghazali Lateh
Umur : 48 tahun
Zodiak : Pieces
Pekerjaan: Guru
Tempat mengajar: Banting, Selangor
Minat : Kesusasteraan, menulis dan mendengar muzik
Filem kegemaran : Mr. Bean
Muzik Kegemaran : Lagu yang dinyayikan oleh Ebeit G Ade ( penyanyi Indonesia)
Bacaan Kegemaran : Buku pengembaraan & Kisah realiti kehidupan