? ??????????????Ornamental Flowers? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (5 Ratings)??13 Grabs Today. 1641 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Peace Love Rock N Roll? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (55 Ratings)??13 Grabs Today. 7270 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Heart Gloss? ????? ?????? ???R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 1, 2009

~ Ketika dan Kalimat~



( Part 4)
sambung balik...


~ Balik je dari beli barang kat Grand Union kami pun bersiap-siap nak pegi. Before tu, kami sembahyang Asar dulu doa semoga selamat sepanjang perjanan kami nanti. Kami bertolak tepat pukul 5.30 petang. petang jumaat faham-faham je keadaan jalan raya time tu. Memang jam teruk la kan time tu orang baru balik keje. Ada jugak orang yang nak balik kampong, kan sabtu tu cuti, so memang sesak gler. Sebenarnya, perjalanan nak pegi sana sepatutnya amik masa tiga jam je, p disebabkan beberapa masalah maka perjalanan 3 jam menjadi 5 jam. Fuh, lenguh pinggang. Orang yang drive keta apalagi kan, kesian dia. huhuhu...kul 8 kami singgah jap kat masjid kat Sungai Besar untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Disamping itu, dapat la merehatkan pinggang yang kebas dan membuang apa yang patut. Selepas tu kami pun meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam. Kami sampai di rumah Nizam tempat kami berhenti tepat jam 10 malam. penat gler, pastu mak member soh la kami makan. Baik tol mak dia, macam faham-faham je kami ni memang kebulur nak makan. Selepas siap-siap mengemas tempat makan, kami pun meneruskan agenda seterusnya iaitu menyediakan bahan-bahan mentah untuk masak keesokan harinya. kupas bawang, potong lada kering, potong sayur, basuh ayam. Kerja yang banyak menjadi sedikit sebab suma ahli kumpulan membantu meringankan kerja. penat tak terasa sangat sebab semuanya dilakukan bersama-sama. Suma menangis masa nga kupas bawang, hahaha lucu tol. Pas siap-siap sume bahan-bahan untuk masak keesokan harinya, group perempuan pun minta diri untuk balik ke rumah makcik member yang berdekatan dengan kampung itu jugak untuk merehatkan badan yang keletihan. Dengan erti kata len tido, zzzzzz....
Keesokan paginya, awal-awal lagi kami kena bangun untuk menyediakan sandwich dan memasak untuk dibawa ke rumah anak yatim, Jalan Sekendi, Sabak Bernam. Memang banyak betol kena masak, tapi sumanya menjadi ringan dengan adanya kerjasama semua pihak. Bak kata watak dalam kartun wonderpets ‛apa yang penting!’ ’KERJASAMA!’. Masak nasi kawah? Fuh, baru first time aku masak nasi guna kawah, sebelum ni aku tengok orang masak jer, mana reti. Tu pun masa orang wat kenduri, berkawah-kawah masak. Tapi, pagi tu pengalaman baru bagi kami yang tidak mengenal macam mana nak masak nasi kawah tu. nasib baik mak Nizam sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Kalau tak, tak tau la macam mana nasi tu, ntah-ntah tinggah kawah je yer. Tak dapat la, bawa untuk bagi kat budak-budak kat sana nanti. Hancur plan. Sambil masak-masak nasi tu, kami goreng ayam pulak. Goreng ayam tak jadi masalah buat kami, coz tu memang perkara biasa untuk bakal-bakal suri rumah macam kami nie. hehehe. Pas masak nasi, kami terus masak sayur kobis. Settle semua aktiviti masak-memasak ni kami terus packing-packing pulak untuk di bawa ke sana nanti. Untuk mengelakkan sebarang kelewatan berlaku, sebahagian daripada group kami terpaksa pergi ke sana terlebih dahulu untuk mengelakkan pengurusan disana menunggu ketibaan kami. Kami tiba di rumah anak yatim Jalan Sekendi pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan kami disana, disambut oleh abah iaitu pengetua di rumah anak yatim tersebut, dan kira-kira 50 orang anak-anak yatim yang comel-comel belaka.
Setibanya kami disana, tangan kami terus disalami untuk menghormati dan menyambut ketibaan kami. Terharu disebabkan kami diterima dengan baiknya. Pada mulanya, mereka kelihatan malu-malu untuk bersembang dengan kami. Mungkin belum mesra lagi agaknya. Selesai sahaja abah memberi sedikit taklimat kepada kami, abah dengan relanya meyerahkan anak-anak yatim ini untuk jagaan kami pada hari ini.Aktiviti pertama bermula dimana, kami mengadakan sesi suai kenal dan sedikit senaman pagi. Apabila melihat ahli kumpulan kami yang sporting dan senang di ajak berborak maka kurang sedikit rasa malu dalam hati mereka, dan mereka pun boleh di ajak bergelak ketawa. aktiviti luar terpaksa dibatalkan kerana cuaca hujan dan kami hanya mengadakan aktiviti dalaman sahaja. Namun, itu tidak menghalang kami untuk berbuat jasa dan kebajikan kepada anak-anak di sana. di sana, kami telah mengadakan permainan ‛kotak beracun’, ‛teka peribahasa’, ‛poly bear’, ‛rangkai kata’ dan sebagainya. Rata-rata kebanyakkkan anak-anak disana sudah pandai dalam meneka dan melengkapkan ayat yang diberikan. Kalau adapun yang tidak berapa dapat menangkap maksud yang disampaikan namun pada kali kedua dia mencuba dia berjaya menjawabnya dan melengkapkan ayat dengan tepat. Apa yang menarik perhatian kami ialah berkaitan dengan peribahasa, pada mulanya kami semua menganggap mereka tidak mampu menyelesaikan peribahasa yang panjang-panjang. Namun, dugaan kami ternyata kurang tepat kerana peribahasa itu mampu mereka selesaikan walaupun sukar. Syabas dan tahniah kepada mereka. Tengah hari tu kami bercadng untuk berehat sebentar untuk makan tengah hari, namun kami kalah oleh desakan mereka untuk meneruskan permainan lagi. ish3, adik-adik. Maka kami buat la, satu dua aktiviti sebelum makan tengah hari tu. Kami makan bersama-sama mereka.
Selesai sahaja makan, kami minta kebenaran mereka untuk menggunakan surau dan air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan fardu Zohor. Solat Zohor pada petang itu kami adakan secara berjemaah bersama mereka. Kami meminta salah seorang daripada kanak-kanak lelaki disana untuk melaungkan azan, suaranya sedap sekali. Sembahyang Zohor pada petang itu diimami oleh saudara Jazuli ustaz kolej kami. Selesai sahaja solat Zohor, kami meneruskan lagi aktiviti. Kalau diikutkan keletihan badan, memang kami tidak mampu namun untuk menyiapkan tugasan ini disamping beramal kepada mereka, kami teruskan juga selagi daya ada. Aktiviti petang iti berakhir pada pukul 4 petang. Memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami memohon diri terlebih dahulu. Aktiviti pada petang itu diakhiri dengan sesi mengambil gambar beramai-ramai bersama mereka. Sedih rasa di hati, namun apakan daya panjang umur kita bersua lagi yea adik-adik ku sayang. Kepulangan kami pada petang itu, dalam kedaan cuaca hujan lebat. Sebelum pulang, kami singgah dahulu di rumah abah untuk memberi sedikit sumbangan dan cenderamata daripada kami semua. Ucapan terima kasih tulusnya daripada abah buat kami semua. dalam diam aku mengagumi abah, walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan namun kekuatan yang ada dalam diri untuk menubuhkan asrama anak yatim sekendi ini begitu kuat. Semoga Allah sentiasa merahmatimu abah. Abah sebenarnya bekas guru besar, namun selepas sahaja berhenti bertugas sebagai guru dia telah bercadang untuk menubuhkan asrama kebajikan ini dan akhirnya tertubuhlan asrama kebajikan ini dengan tekad dan niat untuk membantu anak –anak yatim sekitarnya. Ada juga anak yatim yang duduknya jauh dari daerah Sabak Bernam itu, iaitu dari Kedah. Selesai sahaja berjumpa abah kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Serdang. Satu group lagi terpaksa menaiki bas kerana kekurangan tempat duduk disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Rasa kelegaan jelas terpapar pada wajah masing-masing kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dan seterusnya berjaya menjalankan amal kebajikan. Kadang-kadang aku terfikir jugak, kalau tidak ada tugasan macam ni, bila lagi aku nak berjalan-jalan melawat tempat orang. erm, best jugak. Kami pulang ke Serdang, agak lewat iaitu pukul 6.30 petang. Perjalanan pulang berjalan lancar dan kami tiba di Serdang tepat-tepat 3 jam perjalanan. Kecuali la, member yang terpaksa menaiki bas. Muka suma keletihan namun kami berasa gembira kerana banyak pengalaman yang kami timba semasa disana. Sesungguhnya tidak semua orang merasa kegembiraan dapat hidup bersama kedua ibu bapa dan keluarga tersayang. Maka, mereka seharusnya dilindungi dan diberi kasih sayang sepenuhnya. Kasih sayang seorang abang kepada adik, kasih sayang seorang kakak kepada adik dan sebagainya. Pengalaman yang kami lalui ini akan kami ingat sampai bila-bila. lepas pegi ke rumah anak yatim tu, kami kena buat slide show untuk present dalam kelas nanti...sambung ke part yang seterusnya

0 comments: